Dengan pelancaran DOOM Eternal yang semakin hampir, hari ini Bethesda Softworks melancarkan satu video acah baharu yang memperlihatkan pelbagai kostum-kostum yang boleh diubahsuai buat watak DOOM Slayer.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bethesda Softworks juga menyatakan yang mana permainan ini juga akan mempunyai mod foto yang pemain boleh menangkap imej bersama kostum-kostum dan juga animasi dan podium khas buat mod solo.

Selain itu, melalui mod multi-pemain, Battlemode pula pemain juga boleh mengubah-suai rupa DOOM Slayer dan watak Syaitan yang dimainkan mengikut citarasa pemain. Bagi anda yang ingin melihat beberapa contoh kostum yang diperlihatkan, anda boleh tonton video acah di bawah.

Selain itu, Bethesda Softworks juga umum kolaborasi khas bersama Twitch Prime yang mana pelanggan Twitch Prime boleh dapatkan kostum khas DOOMicorn Slayer Master Collection yang menyertakan kostum berdasarkan haiwan Unicorn dan beberapa animasi khas melaluinya.

Doom Eternal akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 20 Mac 2020 ini. Manakala versi Switch akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini