Setelah diacahkan beberapa kali, permainan klasik oleh Electronic Arts (EA) dan Westwood Studios akhirnya disahkan akan kembali ke PC melalui Steam dan Origin iaitu permainan koleksi Command & Conquer Remastered Collection pada 6 Jun 2020 ini.

Menurut EA, permainan ini akan menyertakan dua permainan utama Command & Conquer iaitu Command & Conquer: Tiberian Dawn dan Command & Conquer: Red Alert, bersama-sama penambahan The Covert Operations, Counterstrike dan The Aftermath.

Melalui video di atas, EA mengumumkan yang mana mereka bekerjasama bersama Petroglyph dan pembangun tempatan iaitu Lemon Sky Studios bersama-sama pembangun asal dari Westwood Studios.

Command & Conquer Remastered Collection menjanjikan sokongan resolusi sehingga 4k, bentuk multi-pemain, paparan antaramuka yang dibaiki dan semestinya muzik latar yang dipernambah-baikkan semula oleh komposer asal iaitu Frank Klepacki.

Selain itu, seperti yang kami laporkan sebelum ini, adegan permainan ini juga dipernambah-baikkan dan pelakon suara latar asal EVA juga kembali melakonkan suara beliau.

Bersempena dengan pengumuman ini, EA juga umum edisi terhad khas yang akan mereka keluarkan bersama Limited Run Games yang akan menyertakan pelbagai kandungan permainna dengan harga bermula $59.99(~RM254) melalui edisi istimewa dan $149.99(~RM636) melalui edisi khas sempena ulang tahun yang ke-25.

Semestinya berdasarkan video acah yang diperlihatkan di atas mempunyai visual pernaik-tarafan yang sangat menawan sekali dengan segala kandungan-kandungan yang diperlihatkan. Bagi anda yang berminat, pra-tempahan sudah pun bermula di mana di Steam, ianya hanyalah berharga RM79.

Sohor Kini