NFL Mengumumkan Perjanjian Jangka Panjang Dengan 2K Games

National Football League (NFL) iaitu satu liga utama “bola sepak” Amerika mengumumkan perjanjian jangka panjang dengan 2K Games untuk mengeluarkan permainan berdasarkan liga tersebut.

Permainan berdasarkan bola sepak Amerika kebiasaan terhad kepada permainan yang dikeluarkan oleh EA sahaja, kali terakhir 2K Games mengeluarkan permainan berdasarkan-nya adalah pada tahun 2004.

Menurut 2K Games, mereka akan mengeluarkan permainan bola sepak Amerika yang bukan dalam bentuk simulasi (lesen untuknya masih dipegang oleh EA). Buat masa ini, masih tiada judul dan tarikh ia akan dikeluarkan tetapi dijangka hadir sekitar tahun 2021.

2K Games buat masa ini mengawal pasaran untuk permainan bola keranjang dan juga gusti melalui NBA 2K dan WWE 2K. Adakah NFL 2K akan mengikut langkah yang sama?

Sohor Kini