Siri permainan The Sims semestinya merupakan siri permainan simulasi kehidupan yang menjadi kegilaan ramai di mana permainan terkini mereka iaitu The Sims 4 mendapat sambutan yang baik di kalangan pemain dengan pelbagai kandungan-kandungan yang telah dilancarkan.

Sejak permainan pertama The Sims dilancarkan 20 tahun lepas, EA dan Maxis sering memfokuskan pemain untuk sentiasa memberi kenyataan terhadap diri sendiri di dalam dunia permainan dan juga di dalam dunia nyata.

Terkini, untuk mengembangkan lagi dengan kempen permainan The Sims 4, iaitu “Play With Life”, EA dan Maxis mengumumkan yang mana penyanyi dan pelakon terkenal Vanessa Hudgens tiba di dalam permainan tersebut melalui satu acara kolaborasi khas.

Melalui kolaborasi ini, pemain berupaya untuk memuat-turun watak Vanessa Hudgens di dalam permainan The Sims 4 dan berupaya untuk menggunakan watak beliau. Menariknya, selain daripada Vanessa Hudgens, Maxis juga menyediakan beberapa selebriti lain seperti Joe Sugg, Melina Sophie, Adam Zdrójkowski dan Bilal Hassani.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan watak Sims Vanessa Hudgens ataupun pelbagai watak selebriti lain, anda boleh ke pautan di bawah di mana EA menyediakan set muat-turun kandungan tersebut. Selain itu, bersempena dengan ulang tahun ke-20 buat permainan ini, EA dan Maxis juga berkongsi beberapa perubahan dan sejarah siri permainan The Sims melalui pautan yang sama.

The Sims 4 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC. Sebelum ini kami juga telah mengulas kandungan Tiny Living Stuff Pack yang dilancarkan pada Februari lepas.

Muat-Turun: Set Watak Selebriti The Sims 4

Sohor Kini