NIS America sebelum ini yang mana mereka akan membawa permainan The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III ke PC melalui Steam dan kini, demo buat permainan tersebut akhirnya boleh dimuat-turun.

Bersempena dengan pengumuman ini, NIS America juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan permainan ini dengan lebih lanjut dari segi aspek watak-watak, bentuk permainan dan kandungan yang bakal tiba.

The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III asalnya dilancarkan di Playstation 4 buat pasaran Jepun sahaja pada 2017 lepas. Ianya kemudian dilancarkan secara global dengan sokongan suara latar bahasa Inggeris di konsol PlayStation 4 dan kini ianya juga akan dilancarkan di PC melalui Steam. Manakala bagi versi Switch, ianya dijadualkan sekitar tahun ini.

Menariknya bagi versi PC, Nihon Falcom juga menyatakan mereka akan menyertakan sebilangan pernaik-tarafan dari segi sokongan kadar bingkai sesaat sehingga 240FPS, penyimpanan fail automatik dan sokongan skrin paparan ultra-lebar.

Permainan ini merupakan permainan sekuel terus daripada dua siri permainan sebelum ini di mana ianya bertempatkan setahun setengah selepas tamatnya permainan The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel II. Pemain juga sekali lagi akan mengembara bersama Rean Schawarzer dan menyertai kelas Class VII baharu.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini sebelum ianya dilancarkan pada penghujung bulan ini, anda boleh ke laman Steam di bawah untuk membuat turunnya.

Muat-Turun: Demo Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel III

Sohor Kini