MBO, TGV & GSC Mula Menjual Tiket Tayangan Mulan

Mulan adalah kisah legenda di China, mengenai wanita bernsms Hua Mulan menyamar jadi lelaki untuk sertai pasukan askar mewakili negara. Ia kemudian diadaptasi menjadi animasi oleh Disney pads tahun 1997. Tahun 2020, Disney mengolah semula filem ini kepada filem aksi nyata. Filem ini dikatakan tidak akan ada adegan nyanyian seperti filem animasi, sebaliknya muzik-muzik dari animasi akan digunakan semula dalam bentuk instrumental sahaja.

Filem ini juga akan diolah menjadi sedikit berbeza. Tetapi, elemen-elemen klasik dilihat akan dikekalkan. Filem ini akan ditayangkan pada 26 Mac 2020. Bagi yang berminat dengan filem ini, GSC, TGV dan MBO telah mula menjual tiket tayangan awal. Jadi, bagi mereka yang sibuk sudah boleh merancang tarikh ingin tonton sama ada boleh atau tidak tonton semasa hari tayangan.

Sumber: TGV, MBO & GSC

Sohor Kini