Cyberpunk 2077 Akan Tiba Di Geforce Now Menyokong Ray Tracing

Nvidia hari ini mengumumkan yang permainan terbaru oleh CD Projekt Red iaitu Cyberpunk 2077 akan tiba di Geforcer Now apabila ia dilancarkan kelak. Tambahan, ia juga akan menyokong teknologi ray tracing.

Geforce Now iaitu perkhidmatan penstriman permainan video oleh Nvidia adalah satu perkhidmatan yang menjadi pilihan pemain jika ingin dibandingkan dengan perkhidmatan seperti Stadia oleh Google.

Namun, ia kurang mesra dengan pembangun, sekurang-kurangnya dengan penerbit seperti Activision, Bethesda, Hinterland Studio dan baru-baru ini 2K Games.

Epic Games pula mengatakan mereka menyokong Geforce Now dan mana-mana permainan yang eksklusif di Epic Games Store boleh menyertakan permainan mereka di perkhidmatan tersebut.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 17 September 2020.

Sohor Kini