Selepas pelancaran dua penambahan buat permainan Shenmue III beberapa minggu lepas iaitu penambahan Battle Rally dan Story Quest Pack, kali ini Ys Net dan Deep Silver mengumumkan penambahan DLC ketiga dan terakhir buat permainan tersebut akan tiba minggu hadapan iaitu “The Big Merry Cruise”.

Menurut laporan, penambahan ini akan memfokuskan lokasi kapal persiaran yang menyertakan kasino. Melaluinya, pemain berupaya untuk melakukan pelbagai misi sampingan disamping melengkapkan cabaran untuk mendapatkan beberapa kostum tambahan. Untuk mengakses DLC ini juga, pemain perlu melepasi lokasi Niaowu dahulu.

Seperti biasa, DLC ini boleh dibeli secara berasingan ataupun secara bersama melalui koleksi “Complete DLC Collection” yang akan menyertakan ketiga-tiga DLC termasuklah dua penambahan yang dilancarkan sebelum ini.

Shenmue III telah pun dilancarkan di PlayStation 4 dan PC melalui Epic Game Store.

Sohor Kini