Informasi Permainan Video Terkini
Granblue Fantasy: Versus – Watak DLC Zooey Diumumkan Bakal Tiba Bulan Hadapan

Granblue Fantasy: Versus – Watak DLC Zooey Diumumkan Bakal Tiba Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Mac 9, 2020 oleh .

Permainan perlawanan oleh Arc System Works dan CyGames iaitu Granblue Fantasy: Versus hari ini menerima pengumuman baharu berkenaan watak DLC kelima buat pas watak “Character Pass 1”, iaitu Zooey.

Menurut laporan, watak tersebut akan dilancarkan sekitar penghujung April ini yang mana CyGames juga menyertakan kostum khas bersama dengan pelancaran watak ini kelak.

Selain daripada itu, CyGames juga umum lokasi baharu “Lumacie Archipelago” dan avatar lobi Rosetta dan Yggdrasil yang mana akan dilancarkan sekitar awal April ini.

Melalui video acah diatas, CyGames jgua memeprliahtkan watak DLC Soriz dan Djeeta yang akan tiba sekitar awal April ini dan mereka merupakan sebahagian daripada watak pas musim pertama permainan ini.

Granblue Fantasy: Versus telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia pada Februari lepas di konsol PlayStation 4 dan versi PC pula akan tiba hujung minggu ini, iaitu 13 Mac 2020 di Steam.


TIPS & ULASAN