Informasi Permainan Video Terkini
YB Reezal Merican Diumumkan Sebagai Menteri Belia Dan Sukan

YB Reezal Merican Diumumkan Sebagai Menteri Belia Dan Sukan

Diterbitkan pada Mac 9, 2020 oleh .

Perdana Menteri Malaysia Ke-8, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai kabinet baharu. Dua jawatan yang berkait dengan industri permainan video termasuk juga esukan adalah Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Komunikasi dan Media.

Bagi mengetuai Kementerian Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Belia dan Sukan, manakala timbalan adalah Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal yang akan dilantik sebagai senator.

Manakala untuk Kementerian Komunikasi dan Media, YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah dipilih sebagai Menteri dan YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin sebagai Timbalan Menteri.

Dengan terdapatnya menteri-menteri baharu, kami berharap inisiatif yang dilakukan oleh sebelum ini ditambah-baik ataupun ditukar dengan sesuatu yang lebih baik, terutama untuk industri pembangunan permainan video dan e-sukan yang makin berkembang.


TIPS & ULASAN