Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lepas, CD Projekt Red berkongsi rekaan baharu untuk watak V versi perempuan, oleh kerana permainan ini menyertakan rekaan watak sendiri, ia adalah rekaan asas.
Menariknya, mereka juga mengesahkan yang muka depan bagi versi fizikal untuk Cyberpunk 2077 boleh diterbalikkan yang memperlihatkan watak V versi perempuan tersebut.
Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 17 September 2020.