Sega hari ini mengumumkan penambahan seterusnya untuk permainan strategi mereka Total War: Three Kingdoms iaitu A World Betrayed akan dikeluarkan pada 19 Mac 2020 yang memfokuskan kejadian selepas peperangan pada tahun 190CE.
Berikut adalah penambahan yang disertakan;
- 2 puak baharu – diketuai oleh Lü Bu dan Sun Ce.
- 13 puak yang boleh digunakan – setiapnya akan mempunyai tempat permulaan, acara dan juga misi penceritaan baharu
- Tentera baharu – antaranya Tiger Guard, Flying Riders dan Handmaid Guard
- Watak baharu – Cheng Pu, Adik beradik Qiao


Ia boleh mula di pra-tempah melalui Steam dengan potongan harga 20% iaitu RM32.40.
Penambahan ini juga akan hadir bersama dengan pelbagai penambahan percuma untuk kesemua pemilik permainan ini. Total War: Three Kingdoms kini sudah dikeluarkan untuk PC.