Skip to main content

Frictional Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali siri permainan seram yang sangat terkenal beberapa tahun lepas iaitu Amnesia ke konsol PlayStation 4 dan PC dengan permainan baharu menjelang suku ke-empat tahun ini.

Dengan nama Amnesia: Rebirth, permainan ini disahkan sebagai sekuel kepada Amnesia: The Dark Descent yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol dan PC.

Menurut kenyataan mereka di blog rasmi PlayStation, Amnesia: Rebirth akan memfokuskan penceritaan baharu dengan watak baharu namun berdasarkan dunia dari permainan sebelum ini.

Kali ini, pemain akan bermain sebagai seorang watak bernama Tasi Trianon di mana beliau terbangun di padang pasir Algeria tampak mengetahui apa, di mana, dan bagaimana untuk selamatkan diri. Pemain sekali lagi akan menyelesaikan misteri dunia ini disamping meneruskan hidup untuk selamatkan diri.

Thomas Grip iaitu pengarah kreatif permainan ini juga menyatakan yang mana mereka akan menyertakan beberapa elemen seram baharu di mana ia pasti akan memberi pengalaman pengembaraan yang sangat seram buat pemain. Dari segi aspek permainan, Amnesia: Rebirth sekali lagi akan memfokuskan elemen bentuk pandang pertama, pelbagai tekaria yang perlu diselesaikan dan juga barangan yang terhad untuk meneruskan hidup.

Semestinya buat anda yang meminati siri permainan seram, anda perlu dapatkan permainan ini yang mana ianya diumumkan akan tiba sekitar suku keempat tahun ini.

Leave a Reply