Skip to main content

Awal bulan lepas, Platinum Games melancarkan kempen biayasama buat permainan The Wonderful 101 di Kickstarter di mana mereka berminat untuk membawa permainan dari Wii U tersebut ke konsol generasi kini sebagai permainan pernambah-baikkan.

Setelah sebulan kempen tersebut dilancarkan, kini ianya akhirnya tamat dengan jumlah kutipan melebihi RM9 juta dan sebelum ini kami juga berkongsi ia mencapai sejumlah RM6 juta dengan hanya tempoh masa beberapa jam sahaja.

Seperti yang dijanjikan oleh Platinum Games, dengan sejumlah mencapai $2.2 juta(~RM9 juta) tersebut, The Wonderful 101: Remastered juga bakal menerima kandungan baharu iaitu permainan sampingan yang memfokuskan watak Luka dengan bentuk platformer 2 dimensi.

Walaupun jumlah tersebut tidak mencapai untuk rakaman orkestra, namun semestinya dengan kejayaan kempen ini, Platinum Games telah pun mencapai sejumlah sokongan yang sangat memberangsangkan daripada peminat. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke artikel ini.

The Wonderful 101: Remastered bakal tiba pada 19 Mei 2020 di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC.

Leave a Reply