Koei Tecmo hari ini mengumumkan yang mana watak DLC seterusnya buat permainan Dead Or Alive 6 akan tiba iaitu Tamaki, di mana beliau asalnya adalah watak daripada permainan Dead Or Alive Xtreme: Venus Vacation.
Menurut laporan, watak Tamaki akan tiba sebahagian daripada musim ke-4 permainna tersebut bermula 10 Mac 2020 ini khas di semua platform permainan tersebut.
Tamaki merupakan watak asalnya dari permainan Dead Or Alive Xtreme: Venus Vacation iaitu siri sampingan buat siri Dead Or Alive yang memfokuskan permainan mini dan bentuk “percutian” bersama pelbagai watak-watak wanita daripada siri Dead Or Alive.
Melalui penyertaan watak Tamaki di Dead Or Alive 6, beliau mempunyai kemahiran bertempur aikido di mana Koei Tecmo juga berkongsi beberapa bentuk pertempuran beliau bersama kostum-kostum tambahan di video acah di bawah.
Dead Or Alive 6 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC di mana kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya di sini. Koei Tecmo juga sebelum ini telah pun melancarkan versi percuma buat permainan perlawanan ini iaitu Dead Or Alive 6: Core Fighters.