Seperti anda, kami sendiri tidak sabar dengan pelancaran Resident Evil 3 yang semakin hampir menjelang bulan April ini di mana kali ini Capcom dan PlayStation sudah pasti ingin tingkatkan penantian yang mengasyikkan untuk permainan tersebut dengan satu video khas yang memperlihatkan berbezaan dari segi visual dan bentuk permainan tersebut.

Melalui saluran rasmi Youtube Playstation, penerbit Resident Evil 3 iaitu Peter Fabiano berkongsi beberapa paparan bentuk permainan yang mana beliau berkongsi bagaimana olahan semula permainan ini mempunyai beberapa perubahan dan pada masa yang sama mengekalkan elemen utama siri Resident Evil 3.

Antara perkara yang menarik adalah lokasi dan persekitaran Resident Evil 3 kali ini adalah lebih luas dan pada masa yang sama meletakkan beberapa lokasi yang sempit untuk memberi pengalaman yang seram buat pemain.

Selain itu, aspek musuh Nemesis juga mempunyai beberapa perubahan lain seperti senjata baharu yang diperlihatkan sebelum ini dan beberapa perubahan lokasi beliau yang mana pasti akan membawa kelainan buat pemain.

Resident Evil 3 akan dilancarkan secara rasmi pada 3 April 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini