Informasi Permainan Video Terkini
Valve Memperkenalkan Eksperimen Steam Labs Seterusnya “News Hub” – Hub Utama Untuk Pengumuman Permainan Di Steam

Valve Memperkenalkan Eksperimen Steam Labs Seterusnya “News Hub” – Hub Utama Untuk Pengumuman Permainan Di Steam

Diterbitkan pada Mac 6, 2020 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Valve sebelum ini sentiasa melancarkan beberapa eksperimen buat aplikasi dan laman Steam yang bermula dengan fungsi untuk memudahkan pemain mencari permainan dan sebagainya sepanjang ia dilancarkan.

Terkini untuk eksperimen yang ke 009, Valve memperkenalkan fungsi baharu iaitu News Hub yang mana melaluinya pemain berupaya untuk melihat sebarang berita, kemaskini, acara dan sebagainya berkenaan permainan yang dimiliki oleh pemain ataupun yang pemain berminat untuk memiliki.

Semestinya fungsi ini adalah percuma baut semua dan ianya boleh diakses secara terus melalui pelayar web sama ada di PC ataupun di peranti telefon pintar.

Antara fungsi yang disediakan adalah fungsi untuk melihat penstriman permainan yang sedang dijalankan berdasarkan permainan yang anda miliki. Selain itu, acara terkini dan acara akan datang juga akan tersenarai untuk memudahkan pemain melihat sebarang aktiviti buat permainan tersebut. Pembangun juga boleh menggunakan fungsi ini untuk mengumumkan sebarang kemaskini berkenaan permainan mereka secara terus buat pemain yang mana pasti akan menyenangkan mereka yang ingin mengetahui informasi terkini.

Valve juga menyatakan pemain boleh menetapkan pilihan dan paparan antara muka pemain sendiri. Selain itu, Valve menyatakan akan terdapat pelbagai kemaskini lain yang akan disertakan pada masa akan datang.

Bagi anda yang ingin mencuba fungsi News Hub ini, anda boleh ke laman rasmi News Hub Steam di bawah.

Layari: Steam News Hub


TIPS & ULASAN