Netflix hari ini mengumumkan yang Taika Waititi akan menulis, mengarah dan menjadi penerbit eksekutif untuk dua siri animasi berdasarkan “Charlie and the Chocolate Factory” iaitu berdasarkan buku kanak-kanak oleh Roald Dahl yang diterbitkan pada tahun 1964.
Satu adalah berdasarkan dunia Charlie and the Chocolate Factory dan satu lagi adalah berdasarkan watak Oompa-Loompa daripada siri tersebut. Menurut Netflix, siri ini akan mengekalkan penceritaan asal buku tersebut, tetapi pada masa sama mengembangkan lagi dunia dan watak.
Selain itu, Netflix juga mengatakan ini adalah permulaan untuk kerjasama di antara mereka dan The Roald Dahl Story Company yang mengandungi siri lain seperti Matilda, The BFG, dan The Twits.
Buat masa ini, Netflix masih tidak mengumumkan tarikh dua siri animasi ini akan dikeluarkan.