Skip to main content

Kemaskini: eCurve mengesahkan acara ini dibatalkan atas sebab wabak Koronavirus (Covid-19).

Menurut mereka, selepas pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan larangan acara yang mengumpul ramai pengunjung, mereka mengambil keputusan untuk membatalkan terus acara tersebut yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Mac dan 17 hingga 22 Mac 2020 ini.

Artikel asal: Tahun lepas, pusah membeli belah eCurve mengadakan acara kejohanan permainan Mobile Legend dan PUBG yang mana ia menempatkan pelbagai pemain yang menjuarai wang hadiah yang sangat lumayan.

Terkini, eCurve meneruskan kejohanan untuk tahun 2020 di mana bermula 13 sehingga 22 Mac 2020 ini, eCurve akan membawa kembali kejohanan eCurve Gaming Championship dengan pelbagai permainan yang dipertandingkan sepanjang dua minggu tersebut. Selain itu, eCurve juga menyatakan mereka akan menyediakan wang hadiah sehingga RM12,000 untuk pemenang kejohanan tersebut.

Kejohanan eCurve Gaming Championship 2020 akan menyediakan beberapa permainan mengikut jadual di imej di atas. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah Pro Evolution Soccer 2020, PUBG, Mobile Legend dan juga permainan realiti maya seperti Beat Saber dan permainan perlumbaan F1 Formula Racing. Menariknya, eCurve juga akan mengadakan kejohanan permainan kad Vanguard, Magic The Gathering dan Beyblade untuk mereka yang berminat.

Dari segi wang hadiah, kedua-dua kejohanan PUBG dan Mobile Legend akan menyediakan wang hadiah sebanyak RM1,000 untuk juara tempat pertama. Manakal tempat kedua akan menerima RM750, tempat ketiga RM500 dan tempat seterusnya adalah RM250. Untuk permainan PES 20 pula, eCurve juga akan menyediakan wang hadiah sebanyak RM1,000 buat pemenang dan diikuti RM500, RM300 dan RM200 untuk tempat seterusnya.

Untuk keseluruhan harga pertandingan Beyblade, eCurve akan sediakan RM1,000 wang hadiah dan RM2,000 untuk permainan kad Vanguard dan Magic The Gathering.

Selain itu, untuk cabaran permainan realiti-maya Beat Saber dan F1 Formula Racing, pengunjung berpeluang untuk memenangi RM100.

Semestinya kejohanan eCurve Gaming Championship untuk tahun ini adalah kejohanan terbesar oleh mereka dan Gina Long Ahmand, iaitu pengurus besar eCurve menyatakan yang mana selepas menerima sokongan yang bagus bagi acara EGC 2019 tahun lepas, mereka berminat untuk membawanya kembali untuk tahun ini dengan mengembangkan lagi bersama pelbagai jenis permainan termasuklah permainan kad.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai, anda boleh hadiri pusat membeli belah eCurve bermula 13 Mac 2020 ataupun jika anda yang ingin menonton kejohanan tersebut ianya akan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi eCurve dan juga Facebook rasmi Kitamen.

Leave a Reply