Dua Permainan Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store Minggu Ini

Bermula hari ini, Epic Games Store menawarkan dua permainan sebagai permainan percuma minggu iaitu Offworld Trading Company dan Gonner menggantikan InnerSpace yang ditawarkan pada minggu lepas.

Offworld Trading Company adalah permainan strategi masa nyata yang mempunyai genre fiksyen sains. Ia dibangunkan oleh Mohawk Games, dan diterbitkan oleh Stardock untuk PC sejak tahun 2016.

Manakala Gonner adalah permainan “rogue-like”, di mana pemain boleh menukar kepala dan anggota badan yang mempunyai kebolehan berbeza. Ia dibangunkan oleh Art in Heart dan diterbitkan oleh Raw Fury untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC sejak tahun 2016.

Dua permainan ini boleh dimuat turun sehingga 12 Mac 2020 sebelum digantikan dengan tiga permainan iaitu A Short Hike, Anodyne 2: Return to Dust, dan Mutazione.

Epic Games Store: Offworld Trading Company

Epic Games Store: Gonner

Sohor Kini