Skip to main content

Yoshinori Kitase semestinya nama yang sangat terkenal sekali di Square-Enix di mana beliau bukan sahaja terlibat untuk penerbitan permainan Final Fantasy VII Remake yang bakal tiba April ini, malah permainan ketiga buat siri Parasite Eve iaitu The 3rd Birthday juga diterbitkan oleh beliau.

Terkini, melalui satu temu bual yang dimuat-naik oleh Square-Enix bersama ahli gusti terkenal Kenny Omega, Yoshinori Kitase berkongsi beberapa pendapat berkenaan siri Parasite Eve di dalam video di bawah.

Ketika hampir penghujung video temu bual di atas, Kenny Omega bertanya berkenaan masa depan siri Parasite Eve di mana beliau menyatakan siri permainan seram kini adalah sangat terkenal di kalangan pemain dan Parasite Eve sendiri mempunyai elemen permainan yang unik.

Selepas ditanya berkenaannya, Yoshinori Kitase menyatakan bahawa siri Parasite Eve semestinya mempunyai watak yang sangat mendalam iaitu Aya Brea dan untuk tidak menggunakan watak-watak tersebut adalah sangat merugikan. Akan tetapi, Yoshinori Kitase menyatakan yang mana mereka tidak tahu ataupun tiada perancangan untuknya setakat ini.

Semestinya ini adalah satu soalan yang menarik oleh Kenny Omega dan untuk Square-Enix memuat-naik video ini sendiri bersama-sama dengan tanda dagang yang difailkan sebelum ini, mungkin kita juga boleh lihat berita selanjutnya untuk siri Parasite Eve akan kembali?

Meskipun begitu, kami percaya Yoshinori Kitase semestinya sibuk dengan pelancaran permainan Final Fantasy VII Remake yang semakin hampir ini dan bagi anda yang ingin tonton video temu bual penuh tersebut, anda boleh menontonnya di atas di mana Yoshinori Kitase bukan sahaja bercakap berkenaan permainan yang akan dilancarkan oleh beliau, malah beliau juga berkongsi permainan kesukaan beliau dan bagaimana beliau bermain Apex Legends bersama keluarga beliau.

Leave a Reply