Dengan pelancaran Trials Of Mana yang semakin hampir pada bulan hadapan, hari ini Square-Enix mempertontonkan video acah baharu buat permainan tersebut yang mana ianya bukan sahaja memperlihatkan bentuk permainan dengan lebih mendalam, malah keseluruhan pengubah-suaian, pengembaraan dan pertempuran yang bakal pemain tempuhi kelak.

Trials Of Mana merupakan permainan olahan semula untuk siri Mana yang ketiga iaitu Seiken Densetsu 3 yang mana asalnya permainan ini hanya dilancarkan di pasaran Jepun sahaja lebih dari 20 tahun lepas.

Dengan olahan semula ini, pemain akan dapat mengembara dengan pelbagai watak-watak dan bertembung dengan pelbagai jenis musuh daripada 6 jumlah watak yang berbeza. Dengan lebih dari 300 jenis kemahiran, pemain juga berupaya untuk meningkatkan kelas watak di samping menyelesaikan pelbagai misteri dunia permainan ini.

Trials Of Mana akan dilancarkan pada 24 April 2020 ini di konsol PlayStation 4, Switch dan juga di PC.

Sohor Kini