Sebelum ini Netflix telah berkongsi video acah pendek untuk musim ke-2 Kingdom, hari ini mereka akhirnya berkongsi video acah penuh untuknya yang memperlihatkan penceritaan yang akan hadir di dalam siri ini.

Anda boleh menonton video tersebut di bawah.

Berdasarkan video tersebut diperlihatkan yang Lee Chang cuba mengambil semula takhta daripada Permaisuri Cho. Diperlihatkan juga Permaisuri Cho terus menggunakan zombi untuk menguatkan lagi kekuasaan. Selain itu, Seobi yang merupakan pembantu perubatan sedang mencari penawar bagi zombi.

Dengan pengakhiran yang sangat tergantung bagi musim pertama, musim baharu ini sudah semestinya dinanti ramai. Ia akan tiba di Netflix pada 13 Mac 2020.

Sohor Kini