Minggu ini, Google telah mengumumkan penubuhan studio baharu untuk Stadia Games and Entertainment di Playa Vista, dan ia akan diketuai oleh Shannon Studstill iaitu sebelum ini merupakan ketua Santa Monica Studio iaitu studio di-belakang siri permainan God of War. Santa Monica Studio juga bertempat di Playa Vista.

Studio baharu tersebut akan bertanggungjawab untuk membangunkan permainan secara eksklusif buat perkhidmatan penstriman permainan video mereka Stadia.

Sony pula hari ini telah mengumumkan Yumi Yang sebagai ketua baharu untuk Santa Monica Studio. Beliau telah bersama dengan Sony selama 19 tahun dan banyak terlibat di dalam pembangunan permainan video di studio tersebut.

Moga berjaya kami ucapkan kepada kedua-dua yang memulakan jawatan baharu ini.

Sohor Kini