Matt Reeves iaitu pengarah untuk filem The Batman hari ini berkongsi tiga gambar melalui akaun Twitter beliau yang memperlihatkan rekaan Batmobile dan juga kostum Batman dengan lebih jelas.

Anda boleh melihat sendiri gambar-gambar tersebut di bawah.

Seperkara yang kami boleh katakan mengenai rekaan ini adalah ia nampak seperti kereta biasa yang diubah menjadi Batmobile, berbanding kereta yang direka khas. Ia boleh dikatakan berkongsi estetik yang sama dengan kostum yang diperlihatkan sebelum ini.

Ia bersesuaian dengan penceritaan bagi The Batman, di mana Batman baru sahaja memulakan “karier” beliau sebagai Batman.

Kami boleh katakan Dominic Toretto mungkin akan dengki dengan kereta ini. Filem The Batman akan mula ditayangkan pada 25 Jun 2021.

Sohor Kini