Selepas kejayaan permainan Star Wars Jedi: Fallen Order, tidak mengejutkan jika EA merancang untuk mempunyai beberapa lagi permainan berdasarkan siri tersebut.
Hari ini, berdasarkan perkongsian akaun Twitter yang berkongsi permainan-permainan yang disertakan di dalam PSN Store telah memperlihatkan satu permainan Star Wars yang belum diumumkan secara rasmi.
Ia berjudul Star Wars Project Maverick dan memperlihatkan Star Destroyer yang berkemungkinan besar berada di planet Mustafar yang menjadi rumah kepada Darth Vader.
Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada EA.