Informasi Permainan Video Terkini
Castlevania: Symphony of the Night Kini Tiba Untuk iOS Dan Android

Castlevania: Symphony of the Night Kini Tiba Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mac 4, 2020 oleh .

Konami minggu ini melancarakan permainan klasik Castlevania: Symphony of the Night di peranti pintar untuk iOS dan juga Android. Ia boleh didapati dengan harga RM12.90.

Castlevania: Symphony of the Night merupakan permainan ke-10 untuk siri ini, ia dikeluarkan pertama kali pada tahun 1997 dan merupakan sambungan kepada Castlevania: Rondo of Blood.

Versi mudah alih sepenuhnya menyokong kawalan menggunakan alat kawalan dan menyokong fungsi fail simpanan. Anda boleh dapatkannya di gedung aplikasi di dalam peranti pintar anda ataupun dengan menggunakan pautan di bawah.

App Store: Castlevania: Symphony of the Night

Play Store: Castlevania: Symphony of the Night


TIPS & ULASAN