Kemaskini: Levi’s hari ini mengesahkan yang mana set pakaian Mario akan dilancarkan bermula 1 April 2020 ini. Menariknya bagi pelanggan Malaysia, ianya akan mula dijual lebih awal iaitu bermula 27 hingga 29 Mac 2020 untuk jualan atas-talian dan 30 Mac 2020 di kedai rasmi Levi’s buat pasaran Malaysia.

Artikel Asal: Semalam akaun Twitter Levi’s dan juga Nintendo mengacahkan kerjasama di antara syarikat pengeluar pakaian terkenal tersebut dengan siri Super Mario.

Hari ini, laman Impress memperlihatkan rekaan untuk koleksi pakaian bagi kerjasama ini. Mereka memperlihatkan pakaian seperti seluar Jean, jaket, hoodie dan tshirt.

Berikut adalah antara rekaan yang diperlihatkan;

Buat masa ini tidak disahkan lagi tarikh koleksi ini akan dikeluarkan termasuk juga kawasan yang akan menerimanya.

Sohor Kini