Pada akhir Januari lepas, Netmarble telah melancarkan satu kempen pra-daftar untuk permainan mudah alih The Seven Deadly Sins: Grand Cross iaitu permainan RPG mengikut turutan berdasarkan siri berjudul sama.
Minggu ini, mereka akhirnya melancarkan permainan tersebut secara rasmi dan boleh dimuat turun untuk peranti iOS dan juga Android. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun lepas di Jepun dan mendapat penerimaan yang sangat baik.
Bersempena dengan pelancaran ini, dan berjaya mendapat 2 juta jumlah pra-daftar, pemain yang pra-daftar akan mendapat ganjaran berikut;
- 1x watak Meliodas
- 1x kostum dan senjata untuk watak Meliodas
- 30 Diamonds
- 100,000 Gold
- Kotak ganjaran yang mengandungi pelbagai barangan di dalam permainan termasuk juga kostum untuk watak Elizabeth.
Melalui permainan ini, pemain akan mengikuti pengembaraan Meliodas ke dalam satu pengalaman penceritaan khusus untuk permainan mudah alih. Anda boleh membina pasukan tersendiri berdasarkan watak-watak yang diperoleh.
Jika anda berminat, anda boleh memuat turun melalui gedung aplikasi peranti anda, ataupun menggunakan pautan kami sertakan di bawah.
[download]App Store: The Seven Deadly Sins: Grand Cross[/dowload] [download]Play Store: The Seven Deadly Sins: Grand Cross[/download]