Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Konami sebelum ini, mereka akhirnya mengumumkan yang mana permainan Yu-Gi-Oh! Legacy of the Duelist: Link Evolution akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 24 Mac 2020 ini.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di Switch, yang mana ianya adalah edisi tambahan berbanding versi sebelum ini. Terkini dengan versi baharu ini juga, ianya juga disahkan kembali ke konsol asal yang dilancarkan sebelum ini.

Dengan pengumuman ini, mereka juga menyatakan bahawa akan terdapat kandungan baharu juga yang akan dilancarkan bersama buat versi konsol dan PC termasuklah di Switch, dengan pelbagai kandungan seperti kad-kad baharu, watak baharu dan sebagainya.

Bagi anda yang meminati siri Yu-Gi-Oh, pastikan anda dapatkan permainan ini, menjelang hujung bulan ini.

Leave a Reply