GungHo Online Entertainment dan Grasshopper Manufacture hari ini mengumumkan yang mana permainan aksi pengembaraan mereka iaitu Let It Die kini telah mencapai 6 juta jumlah muat-turun secara global.
Jumlah ini adalah jumlah campuran muat-turun antara versi PlayStation 4 dan versi Steam yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Ini sekaligus membuahkan permainan ini mempunyai peningkatan sebanyak 2 juta muat-turun berbanding 2018 lepas.
Kazuki Morishita iaitu presiden dan ketua pegawai eksekutif GungHo Online juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemain dan peminat atas kejayaan ini dan pada masa yang sama, mereka juga umum akan mengadakan sambutan khas melalui acara permainan ini, yang akan diumumkan kemudian.
Let It Die merupakan permainan aksi yang memfokuskan multi-pemain. Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Let It Die, anda boleh muat-turunnya secara percuma di PSN Store dan Steam.