Disember lepas, Microsoft dan 343 Industries melancarkan permainan Halo: The Master Chief Collection yang mana ianya menyertakan kesemua siri permainan utama Halo yang dipernambah-baikkan secara berperingkat, bermula dengan Halo: Reach.

Terkini, mereka akhirnya melancarkan permainan seterusnya iaitu Halo: Combat Evolved, iaitu permainan Halo pertama yang dilancarkan beberapa tahun lepas di Xbox dan PC.

Halo: Combat Evolved versi pernambah-baikkan ini akan menyertakan beberapa pernaik-tarafan visual dari segi resolusi 4K dan kadar bingkat sesaat sebanyak 60FPS. Menariknya, mod multi-pemain juga tiba melalui permianan ini dan kesemua misi-misi utama penceritaan dan sokongan mengubah visual kepada edisi ulang tahun dan edisi asli.

Halo: Master Chief Collection merupakan permainan koleksi siri Halo yang memfokuskan permainan penembak pandang pertama. Ianya sebelum ini dilancarkan di pelbagai konsol Xbox dan PC yang mana kini, versi koleksi ini akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pernambah-baikkan PC di Steam dan juga Microsoft Store.

Sohor Kini