Skip to main content

PUBG Mobile boleh dikatakan salah satu permainan kompetitif yang sangat terkenal sekarang ini di Malaysia yang mana ianya bukan sahaja adalah permua yang mempunyai jumlah kutipan tertinggi untuk bulan Disember secara global malah penstriman kejohanan PUBG Mobile Club open mencecah 532 juta penonton.

Terkini, Tencent mengumumkan yang mana mereka akan mengembangkan lagi kejohanan buat permua tersebut iaitu kejohanan PUBG Mobile liga Profesional buat negara Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG 2020) yang mana kejohanan ini akan berlangsung sepanjang 3 bulan dan menggunakan sistem liga baharu untuk menggantikan siri kejohanan PUBG Mobile Club Open

Dengan wang hadiah terkumpul sebanyak $150,000(~RM630,000), kejohanan ini akan menempatkan 24 pasukan yang terdiri daripada beberapa pasukan jemputan khas, 12 pasukan dari pusingan kelayakan Malaysia dan 4 pasukan dari pusingan kelayakan Singapura.

Berikut adalah senarai pasukan yang dijemput:

  • Team Secret Malaysia
  • FV Unbeatable
  • Bapak Ah Esports
  • Traitor Esports
  • Yoodo GANK
  • Bigetron AROV
  • EVOS VIP
  • Geek Fam

Manakala berikut adalah pasukan Malaysia dan Singapura yang layak dari pusingan kelayakan:

  • TARA PROYECTO X
  • Axis MPX
  • Last Survivor R2K
  • Team No Recoil
  • Team Bosskurr
  • TONE WOW ESPORT
  • Dingoz MZ
  • XPERT MY
  • MISSROSE ESPORT SYNDICATE
  • ESG Gaming
  • Resurgence
  • NED BROTHERHOOD
  • Impunity Kage
  • Steel Heart Esports
  • DivinityEsport
  • Team H20

Liga ini akan berlangsung sepanjang 3 minggu bermula hari ini sehingga 22 Mac 2020 ini setiap hari Selasa sehingga Ahad di Kuala Lumpur. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan kejohanan tersebut, ianya juga akan distrim secara langsung di Facebook rasmi PUBG Mobile dengan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3 Pasukan terbaik pada penghujung liga ini juga akan berpeluang untuk mewakili rantau ini untuk ke pusingan akhir Asia Tenggara liga profesional dan kemudiannya akan ke peringkat dunia PUBG Mobile World League 2020.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memberi sokongan terhadap pasukan pilihan anda di Facebook rasmi PUBG Mobile dan segala informasi lanjut boleh dilihat di laman rasmi PMPL.

Leave a Reply