Bulan Februari telah pun berlalu. Banyak siri TV, filem dan animasi yang disiarkan di Netflix bulan lepas. Itu pun belum habis maratonton lagi kesemuanya. Sekarang sudah mustahil untuk tonton banyak cerita, kerana terlampau banyak sehinggakan satu bulan pun tidak cukup. Bulan Mac sudah pun bermula, mari kita lihat apa pula kandungan menarik bulan ini.

Antara siri TV yang dinanti-nantikan adalah Kingdom musim kedua. Kingdom adalah drama Korea berunsur zombi. Ia adalah siri TV yang tidak begitu klise berbanding dengan siri-siri TV atau filem zombi/seram lain yang pernah disiarkan baik dari Amerika Syarikat ataupun Korea. Sinopsis buat masa ini masih tidak jelas lagi, tetapi ia pasti akan merungkai misteri musim pertama yang tergantung.

Seterusnya, sekali lagi adalah Altered Carbon. Tetapi ia bukan siri TV Altered Carbon musim kedua yang disiarkan bulan lepas, sebaliknya adalah versi animasi dengan judul – Altered Carbon: Resleeved. Ia lebih kepada anime yang mengisahkan Takashi Kovacs yang perlu melindungi tukang tatu sambil menyiasat kematian ketua Yakuza yang berkait dengan CTAC. Siri TV aksi nyata kedua-dua musim Altered Carbon adalah kegemaran saya sendiri, mampukah versi anime ini mengambil hati? Sama-sama kita nantikan.

Kegemaran lain yang saya galakkan anda tonton bulan Mac ini adalah Black Lightning. Bulan ini musim ketiga akan disiarkan di Netflix. Sekarang ia masih berlangsung di CW dan hanya boleh ditonton dengan VPN pelayan Amerika Syarikat dan platform penstriman The CW penuh dengan iklan. Musim ketiga akan berkait sedikit dengan Crisis on Infinite Earth dan memfokuskan menewaskan musuh baharu – Gravedigger.


Terdapat banyak lagi siri TV, dokumentari, rancangan TV, animasi dan filem disiarkan pada bulan ini. Berikut adalah senarainya;

1 Mac

  • Dari Studio Ghibli (Anime)
    • My Neighbors the Yamadas
    • Princess Mononoke
    • Nausicaä of the Valley of the Wind
    • Spirited Away
    • The Cat Returns
    • Arrietty
    • The Tale of The Princess Kaguya
  • Go! Go! Cory Carson: Season 2 (Netflix Kids And Family)

2 Mac

Outlander: Musim ke-5 (Siri Mingguan)

3 Mac

  • Better Call Saul: Season 5 (Siri Mingguan)
  • Taylor Tomlinson: Quarter-Life Crisis (Siri Netflix Comedy Specials)

4 Mac

Riverdale: Musim ke-4 (Siri Mingguan)

5 Mac

  • Mighty Little Bheem: Festival of Colors (Netflix Kids And Family)
  • Castlevania: Season 3 (Siri Netflix Original Anime)

6 Mac

  • Paradise PD: Part 2 (Siri Netflix Originals)
  • The Protector: Season 3 (Siri Netflix Originals)
  • I Am Jonas (Netflix Film)
  • Guilty (Netflix Film)
  • Spenser Confidential (Netflix Film)
  • El silencio de la ciudad blanca (Netflix Film)
  • Ugly Delicious (Siri Asli Netflix Documentaries)

8 Mac

Sitara: Let Girls Dream (Netflix Film)

10 Mac

  • Marc Maron: End Times Fun (Siri Netflix Comedy Specials)
  • Carmen Sandiego: To Steal or Not to Steal (Netflix Kids And Family)

11 Mac

  • On My Block: Season 3 (Siri Netflix Originals)
  • Dirty Money: Season 2 (Siri Asli Netflix Documentaries)

12 Mac

Hospital Playlist (Siri Netflix Originals)

13 Mac

  • Elite: Season 3 (Siri Netflix Originals)
  • Women of the Night (Siri Netflix Originals)
  • Kingdom: Season 2 (Siri Netflix Originals)
  • The Valhalla Murders (Siri Netflix Originals)
  • Bloodride (Siri Netflix Originals)
  • 100 Humans (Siri Netflix Originals)
  • BEASTARS (Siri Netflix Original Anime)
  • Go Karts (Netflix Film)
  • Lost Girls (Netflix Film)

16 Mac

The Boss Baby: Back in Business: Season 3 (Netflix Kids And Family)

17 Mac

Bert Kreischer: Hey Big Boy (Siri Netflix Comedy Specials)

19 Mac

Altered Carbon: Resleeved (Siri Netflix Original Anime)

20 Mac

  • Greenhouse Academy: Season 4 (Netflix Kids And Family)
  • Archibald’s Next Big Thing: Season 2 (Netflix Kids And Family)
  • Dino Girl Gauko: Season 2 (Netflix Kids And Family)
  • Dare Me (Siri Netflix Originals)
  • Feel Good (Siri Netflix Originals)
  • The Letter for the King (Siri Netflix Originals)
  • Self Made: Inspired by the Life of Madam C.J. Walker: Limited Series (Siri Netflix Originals)
  • Ultras (Netflix Film)
  • Maska (Netflix Film)
  • The Platform (Netflix Film)
  • Fangio: El hombre que domaba las máquinas (Siri Asli Netflix Documentaries)
  • Tiger King: Murder, Mayhem and Madness (Siri Asli Netflix Documentaries)

23 Mac

Sol Levante (Siri Netflix Original Anime)

25 Mac

  • Curtiz (Netflix Film)
  • The Occupant (Hogar) (Netflix Film)
  • YooHoo to the Rescue: Season 3 (Netflix Kids And Family)
  • Crip Camp: A Disability Revolution (Siri Asli Netflix Documentaries)
  • Buddi (Netflix Kids And Family)
  • The Circle Brazil (Siri Netflix Originals)
  • Signs (Siri Netflix Originals)

26 Mac

  • 7SEEDS: Part 2 (Siri Netflix Original Anime)
  • Unorthodox (Siri Netflix Originals)
  • Black Lightning: Musim Ke-3 (Siri Netflix Originals)

27 Mac

  • The Decline (Netflix Film)
  • Uncorked (Netflix Film)
  • Mark of the Devil (Netflix Film)
  • Dragons: Rescue Riders: Hunt for the Golden Dragon (Netflix Kids And Family)
  • True: Wuzzle Wegg Day (Netflix Kids And Family)
  • Ozark: Musim Ke-3 (Siri Netflix Originals)
  • Il processo (Siri Netflix Originals)
  • Car Masters: Rust to Riches: Musim Ke-2 (Siri Netflix Originals)

29 Mac

Rugal (Siri Netflix Originals)

Akan Datang, Tiada Tarikh Lagi

  • Ladies Up (Siri Netflix Comedy Specials)
  • ARASHI’s Diary -Voyage-: Episod 3 & 4 (Siri Netflix Comedy Specials)
  • The English Game (Siri Netflix Originals)

Banyak juga rancangan TV, siri TV, filem dan dokumentari bulan Mac ini. Pasti anda buntu untuk tonton yang mana. Seperti yang kami katakan tadi, kami sendiri tidak habis jelajah, tonton atau maratonton kandungan-kandungan bulan Februari. Ianya mustahil! Terlampau banyak kandungan, sehinggakan saya rasa langganan akaun premium RM55 adalah murah (gurau).

Oh ya, bulan Mac ini juga jika anda perassn ada banyak rancangan komedi. Ia pasti akan menghiburkan anda, jika jenakanya kena dengan jiwa anda. Meskipun begitu, buat anda yang suka menonton di Netflix dan “Chill”, semestinya ini adalah senarai yang banyak dan pasti akan memenuhi segala pilihan siri atau filem anda.

Bagi anda yang masih belum melanggan servis penstriman Netflix, ianya boleh dilanggan dengan harga bermula RM17 untuk pakej telefon pintar. Informasi lanjut boleh di akses di laman rasmi Netflix.

Sohor Kini