Nintendo telah menyertakan mod multi-pemain untuk Mario Kart Tour secara beta pada Januari lepas, dan kini mereka mengumumkan ia akan hadir secara rasmi pada 9 Mac 2020.


Terdapat tiga cara untuk bermain secara multi-pemain, pertama adalah berlumba dengan rakan ataupun pemain terdekat di mana anda boleh memilih peraturan tersendiri, ia tidak akan memberi kesan kepada gred anda.
Cara kedua adalah “Standard Races”, di mana ia adalah perlumbaan 100cc dan peraturan akan bertukar setiap hari, di antara “ruangan barangan asas” dan “2 ruangan barangan”. Ia boleh memberi kesan kepada gred daripada E ke A bergantung kepada prestasi.
Cara ketiga adalah Gold Races yang hanya terbuka kepada pemilik Gold Pass di mana perlumbaan mempunyai 4 jenis yang akan ditukar setiap hari iaitu 150cc (ruangan barangan asas), 150cc (2 ruangan barangan), 200cc (ruangan barangan asas), 200cc (2 ruangan barangan). Perubahan gred adalah daripada E ke S.
Kehadiran mod multi-pemain adalah satu perkara yang diminta oleh ramai pemain, akan tetapi meletakkan sesuatu kelajuan seperti 200cc di belakang langganan bulanan, masih sesuatu yang sangat mendukacitakan.
Mario Kart Tour sudah dikeluarkan untuk peranti pintar iOS dan Android.