Informasi Permainan Video Terkini
Death Stranding Versi PC Bakal Tiba Jun Ini – Menyertakan Kandungan Khas Half-Life
PC

Death Stranding Versi PC Bakal Tiba Jun Ini – Menyertakan Kandungan Khas Half-Life

Diterbitkan pada Mac 3, 2020 oleh .

Kojima Productions dan 505 Games hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan Death Stranding bagi versi PC yang mana ianya bakal tiba di Steam dan Epic Games Store pada 2 Jun 2020 ini.

Menurut 505 Games, versi PC ini akan menyertakan beberapa kandungan baharu dan kandungan khas daripada siri Half-Life.

Berdasarkan video di atas, versi PC buat Death Stranding akan menyertakan:

  • Mod foto khas
  • Kadar Bingkai sesaat yang tinggi
  • Sokongan monitor Ultra lebar

Menariknya sekali, Kojima Productions juga memperlihatkan kandungan khas melalui kolaborasi bersama permainan Valve, iaitu Half-Life dengan kandungan seperti topi Headcrab dan pengikat rambut injap dari logo ikonik Valve.

Selain itu seperti biasa, 505 Games juga menyertakan beberapa kandungan bonus buat anda yang membuat pra-tempahan seperti:

  • Buku karya digital “The Art Of Death Stranding”
  • Muzik latar rasmi oleh Ludvig Forsell bersama 10 muzik yang tidak dilancarkan
  • Topeng kacamata Ludens berwarna emas dan Omnireflector
  • Power Skeleton berwarna emas dan perak
  • All-Terain Skeleton berwarna emas dan perak
  • Armour Plate (Level 2) berwarna emas dan perak
  • Set latar belakang resolusi tinggi

Bagi anda yang berminat, permainan ini sudah pun boleh dipra-tempah di Steam dan Epic Games Store dengan harga sekitar RM239.

Steam: Death Stranding

Epic Games Store: Death Stranding

Selain itu, 505 Games juga mengumumkan versi fizikal khas yang menyertakan bekas besi dengan rekaan baharu. Namun buat masa ini, untuk pelancaran versi tersebut bagi pasaran Malaysia, ianya masih belum diumumkan.

Death Stranding sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 yang mana ianya adalah permainan pertama oleh Kojima Productions selepas beliau membuka studio pembangun permainannya sendiri. Kami sebelum ini telah pun membuat ulasannya di mana anda lihat di bawah.


TIPS & ULASAN