Seperti yang sering kami kongsikan, permainan perlawanan seterusnya buat siri anime My Hero Academia iaitu My Hero One’s Justice 2 akan dilancarkan minggu hadapan.
Terkini, bersempena dengan pelancarannya yang semakin hampir, Bandai Namco memperlihatkan video acah baharu yang memfokuskan watak-watak penjahat baharu yang bakal tiba buat permainan ini.
Berdasarkan video acah tersebut, Bandai Namco memperlihatkan watak-watak penjahat dan bentuk permainan mereka iaitu:
- Kai Chisaki
- Tamura Shigaraki Variasi Lain
- Mr. Compress
- Twice
- Kendao Rappa
- Kai Chisaki Variasi Kedua
Menariknya, video ini juga memperlihatkan watak Kai Chisaki variasi kedua yang memperlihatkan kuasa beliau dapat daripada mengambil kuasa anak buah beliau ketika bertempur dengan Deku di dalam siri anime My Hero Academia.
Selain itu, seperti yang diumumkan oleh Bandai Namco sebelum ini, buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan ini, Bandai Namco akan sertakan watak Nomu dan watak Izuku Midoriya Full Cowling 100% dan Kai Chisaki variasi kedua lebih awal.
Selain itu bagi anda yang mempunyai fail penyimpanan permainan pertama, Bandai Namco juga akan menyertakan kostum khas buat Deku.
My Hero One’s Justice 2 akan dilancarkan pada 13 Mac 2020 di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam. Jika anda berminat untuk melihat pelbagai edisi bagi permainan ini, anda boleh merujuk ke artikel kami mengenainya.