Netmarble dan Marvel minggu ini mengumumkan permua baharu untuk siri komik Marvel iaitu Marvel Future Revolution yang mana ianya bakal tiba di peranti iOS dan Android.

Menurut Netmarble, permua ini akan memfokuskan bentuk permainan dunia terbuka RPG yang mana ianya kelihatan akan menyertakan watak adiwira Marvel dengan pelbagai kostum dan rekaan berdasarkan siri sebelum ini.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan permainan ini kelihatan akan memfokuskan empat adiwira utama iaitu Captain America, Spider-Man, Captain Marvel dan Doctor Strange. Manakala watak penjahat pula akan memfokuskan Red Skull, Baron Mordo, M.O.D.O.K. Green Goblin dan Red Goblin. Selain itu anda juga boleh melihat senarai lokasi-lokasi yang diumumkan melalui video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=QxhY6VP4MB0

Namun kami percaya ianya pasti akan menyertakan lebih banyak watak adiwira mahupun penjahat lain pada masa akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=FA7ksixkH8s

Selain itu, Netmarble juga memperlihatkan pelbagai jenis pilihan kostum-kostum adiwira yang bakal tiba bersama permua ini.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan dan bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut, anda boleh mendaftar di laman rasmi permua ini di sini.

Sohor Kini