Informasi Permainan Video Terkini
5 Permainan Menarik Untuk Bulan Mac 2020

5 Permainan Menarik Untuk Bulan Mac 2020

Diterbitkan pada Mac 2, 2020 oleh .

Selepas permulaan yang perlahan bagi permainan video tahun ini, dengan bulan Januari dan Februari tidak mempunyai pengeluaran permainan yang besar, ia berubah apabila kita memasuki bulan Mac.

Permainan-permainan mercu, yang sudah ditunggu sejak beberapa tahun lepas akhirnya akan keluar pada bulan ini. Terdapat pelbagai permainan menarik, akan tetapi berikut adalah 5 permainan menarik pilihan kami untuk bulan ini;

Nioh 2

Nioh pertama dikeluarkan pada 3 tahun lepas, ia merupakan permaianan aksi RPG yang dibangunkan oleh Team Ninja dan diterbitkan oleh Koei Tecmo. Nioh yang pertama telah menerima penerimaan yang baik, dan permainan seterusnya ini dengan pengenalan watak serta kebolehan baharu, sudah semestinya dinantikan oleh ramai yang meminati permainan ini. Ia akan dikeluarkan pada 12 Mac 2020 secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Doom Eternal

Bethesda tidak mempunyai tahun yang baik pada tahun 2019, manakala untuk tahun ini mereka bermula dengan satu permainan yang sukar untuk mengecewakan iaitu Doom Eternal. Selepas 4 tahun tiada permainan Doom baharu, Bethesda kembali dengan Doom pada tahun 2016 dan ia mendapat pujian oleh pemain yang sudah mengikuti siri ini dan juga pemain baharu. Kini sekali lagi selepas penantian selama 4 tahun, Doom Eternal akan tiba pada 20 Mac ini, dan ramai pemain sudah menjangkakan ia akan menjadi satu langkah kanan untuk Bethesda bagi permulaan tahun ini.

Animal Crossing: New Horizons

Animal Crossing boleh dikatakan permainan yang mempunyai pengikut yang setia, namun, ia adalah satu perkara yang sudah dijangka untuk permainan-permainan Nintendo. Permainan simulasi kehidupan ini, buat pertama kalinya akan tiba untuk konsol terbaru oleh Nintendo, iaitu Switch. Apabila konsol Switch diumumkan, antara permainan yang diminta-minta adalah Animal Crossing, akhirnya ia akan tiba pada 20 Mac ini dan sudah semestinya akan menjadi tarikan ramai.

Ori and the Will of the Wisp

Permainan pertama untuk siri ini iaitu Ori and the Blind Forest yang dikeluarkan pada tahun 2015 telah menerima penerimaan yang sangat positif. Dibangunkan oleh Moon Studio dan diterbitkan oleh Microsoft, Ori and the Will of the Wisp menjanjikan perkara yang sama dengan permainan pertama tetapi dengan pelbagai penambahan yang lebih baik. Menurut pembangun, ia boleh diibaratkan sebagai Super Mario Bros 3 untuk Super Mario Bros. Ori and the Will of the Wisp akan dikeluarkan pada 11 Mac 2020.

Half-Life: Alyx

Ia mungkin sedikit mengecewakan apabila Valve memilih untuk mengeluarkan permainan sampingan buat Half-Life berbanding Half-Life 3 yang sudah menjadi keinginan ramai, tambahan lagi ia adalah satu permaianan realiti maya. Namun, sebagai satu permainan Half-Life dan juga permainan oleh Valve ia sudah semestinya masih lagi satu permainan yang menjadi bualan ramai. Tambahan lagi, pemain yang memiliki set realiti maya dan menantikan permainan yang baik untuk dimainkan. Half-Life: Alyx akan dikeluarkan pada 24 Mac 2020.


Lima permainan yang kami sertakan adalah sebahagian sahaja daripada pelbagai permainan menarik yang dikeluarkan pada bulan ini. Kami yakin, anda sendiri mempunyai permainan lain yang diingini.

Bagi permainan lain yang dikeluarkan pada bulan Mac ini, anda boleh rujuk senarai yang kami sertakan di bawah.


TIPS & ULASAN