Skip to main content

2003 lepas, Internet dikejutkan dengan satu imej yang boleh dikatakan menjadi satu fenomena awal “Meme” yang mana terdapat sekumpulan pemain bermain permainan oleh Valve, iaitu Counter-Strike dengan seorang pemain yang dilekatkan dengan pita di siling.

Terkini melalui saluran Youtube Trknowles, mereka mengumumkan yang mana sejarah imej tersebut akan diterangkan melalui satu dokumentari khas.

Dengan nama “Internet Legends: Duct-Taped Gamer ” video acah tersebut memperlihatkan beberapa pemain yang kini sudah pun dewasa berkongsi kenapa dan bagaimana kesemua adegan tersebut berlaku termasuklah bagaimana mereka melakukannya.

Menurut kenyataan rasmi video tersebut, saat tersebut berlaku pada 29 Mac 2003 di Mason, Michigan, Amerika Syarikat yang mana sekumpulan kawan melakukan lawak jenaka sesama mereka. Menariknya juga, video acah tersebut juga menggunakan suara dari adegan Star Wars yang mana sekaligus membuatkan video acah tersebut lebih kelakar.

Buat masa ini, tarikh pelancaran dokumentari tersebut masih belum diumumkan. Seperti biasa kami akan berkongsi setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply