Seperti yang dijanjikan oleh Capcom sebelum ini, kemaskini bulan Mac untuk permainan Monster Hunter World: Iceborne akhirnya diumummkan yang mana mereka akan menyertakan dua raksasa baharu buat permainan tersebut.

Dua raksasa tersebut adalah raksasa variasi daripada raksasa sedia ada iaitu Raging Brachydios dan Furious Rajang yang mana ianya bakal tiba pada 23 Mac 2020 ini di konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Manakala versi PC pula akan tiba pada bulan April kelak.

Monster Hunter World: Iceborne telah pun dilancarkan di konsol dan PC yang mana ianya adalah permainan pengembaraan dan pemburuan raksasa yang memfokuskan bentuk multi-pemain yang sangat baik sekali oleh Capcom.

Sohor Kini