Skip to main content

Sebelum ini Activision dan Bethesda telah meminta permainan mereka dibuang daripada perkhidmatan GeForce Now oleh Nvidia. Minggu ini, Hinterland Studio pula meminta permainan mereka The Long Dark dibuang daripada perkhidmatan tersebut.

Menurut Raphael van Lierop iaitu pengarah untuk permainan tersebut, keputusan tersebut dibuat kerana Nvidia tidak pernah meminta kebenaran mereka untuk menyediakan permainan tersebut di perkhidmatan ini.

Menjawab kritikan beberapa pemain, beliau mengatakan yang pembangun sepatutnya mempunyai hak untuk menentukan di mana permainan tersebut boleh dimainkan.

Geforce Now merupakan satu perkhidmatan yang baik, akan tetapi ia telah mencetus pelbagai masalah dengan pembangun kerana mereka tidak pernah meminta kebenaran secara rasmi untuk menyertakan mana-mana permainan.

Pada masa sama, ada pemain yang mengatakan Geforce Now tidak melakukan sebarang kesalahan kerana ia masih lagi memerlukan pemain untuk membeli permainan tersebut.

Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik agar ia dapat memberi kelebihan kepada penyedia perkhidmatan dan juga pembangun permainan.

Leave a Reply