The Suicide Squad iaitu filem kedua bagi siri Suicide Squad merupakan satu filem olahan semula dan bukan sambungan kepada filem pertama, ia adalah filem yang akan mengikut arah dan perspektif pengarah James Gunn.

Filem ini sudah memulakan penggambaran pada September tahun lepas semasa James Gunn berkongsi senarai pelakon.

Hari ini, melalui perkongsian di lama Instragram, James Gunn mengumumkan penggambaran filem tersebut kini selesai. Di penulisan yang sama, beliau juga berkongsi satu mesej peribadi.

Menurutnya, Ayah beliau meninggal 2 minggu sebelum penggambaran bermula, dan anjing peliharaan beliau mati 2 minggu sebelum ia berakhir. Walaupun ia adalah jangka masa yang sukar untuk dirinya akan tetapi penggambaran filem ini sangat memuaskan hati.

Filem The Suicide Squad akan ditayangkan bermula 6 Ogos 2021.

Sohor Kini