Tencent hari ini berkongsi satu video yang memperlihatkan usaha mereka untuk menangi masalah penipuan di PUBG Mobile. Ia adalah penerusan daripada “Project: Ban Pan” yang diumumkan pada akhir tahun lepas.
Video tersebut boleh ditonton di bawah, ia memperlihatkan apa yang sudah mereka lakukan untuk menangani masalah ini.
Selain itu, mereka juga mengumumkan fungsi “Death Replay” bakal hadir ke permainan mudah alih tersebut yang akan tiba melalui kemaskini yang akan tiba bermula minggu ini.
Setiap kali pemain terbunuh, ulangan kejadian tersebut boleh terus ditonton dan pemain boleh melaporkan secara terus jika sesuatu yang aneh berlaku.
Dengan adanya pelbagai fungsi ini, mereka mengatakan jumlah akaun yang dilaporkan telah menurun sebanyak 90% dan buat masa ini terdapat 8 ribu akaun diharamkan selama 10 tahun setiap hari.