Skip to main content

Setelah pengumuman beberapa syarikat yang mula menarik diri untuk acara Game Developers Conferences (GDC) bagi tahun ini, acara tersebut hari ini diumumkan akan ditunda.

Menurut laporan Game Industry, acara tersebut akan ditunda sehingga suku ketiga tahun ini di mana asalnya ianya akan diadakan pada penghujung Mac ini. Menurut laporan, segala penganjur yang telah membayar untuk ruangan reruai akan dibayar semula termasuklah juga bayaran hotel yang dilakukan melalui GDC.

Menurut kenyataan rasmi GDC, mereka tidak menyatakan kenapa mereka menundakan acara tersebut, namun kami percaya ianya adalah disebabkan keadaan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat sekarang ini, yang mana ianya pasti akan menjadi satu risiko yang tinggi bukan sahaja buat penganjur malah pengunjung acara tersebut.

Tambahan itu, dengan pelbagai jenama besar menarik diri dari acara tersebut seperti EA, Sony dan Microsoft, sudah pasti acara tersebut akan hilang beberapa perhatian berbanding tahun-tahun lepas.

Dengan penundaan ini, industri permainan video semestinya kini sedang melihat apa pengumuman yang bakal ESA lakukan untuk acara E3 kelak, memandangkan terdapat banyak acara-acara besar permainan video mula tunda dan tarik diri, semestinya perhatian ramai akan dilakukan buat satu lagi acara terbesar buat industri ini pada tahun ini iaitu E3, yang dirancang untuk diadakan pada bulan Jun ini.

Buat masa ini, GDC tidak berkongsi sebarang tarikh rasmi selepas penundaan ini, namun apa yang mereka nyatakan adalah ianya akan di pada suku ketiga tahun ini, iaitu sekitar Jun sehingga September kelak. Kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi setelah ia diumumkan.

Leave a Reply