Respawn Entertainment hari ini mengumumkan yang Apex Legends akan menerima acara masa terhad System Override Collection bermula pada 3 Mac sehingga 17 Mac 2020.

Melaluinya, mereka menyertakan mod masa terhad iaitu Deja Loot, Event Prize Track, 24 barangan khas untuk acara ini, dan perisai baharu iaitu Evo Shield.

Deja Loot

Melalui mod Deja Loot, barangan yang terdapat di dalam permainan akan berada di tempat yang sama, laluan kapal terbang dan juga kawasan selamat juga akan kekal, jadi ia akan menjadikan pertempuran kurang rawak. Kawasan ini akan ditukar setiap hari.

Minggu pertama mod ini akan berlangsung di peta World’s Edge dan minggu kedua di Kings Canyon.

Event Prize Track

Respawn juga mengumumkan penambah-baikkan untuk sistem Event Prize Track di mana ia akan menyertakan lebih banyak ganjaran dan lebih pelbagai cabarang yang boleh dilakukan.

Pemain boleh mendapat sebanyak 1000 markah setiap set cabaran yang diselesaikan, selain itu, ia juga akan diperbaharui setiap hari.

24 Barangan Kosmestik

Seperti acara-acara sebelum ini, System Override Collection juga menyediakan barangan kosmestik baharu sebanyak 24. Ia boleh dibeli secara terus menggunakan Apex Coins ataupun Crafting Metals, ia juga boleh diperoleh melalui kotak tikam Apex Packs dengan kadar di bawah.

Evo Shield

Di dalam mod Deja Loot, akan disertakan satu perisai baharu iaitu Evo Shield, di mana ia boleh meningkat tahap dengan menyerang. Secara keseluruhan terdapat 4 tahap.

Buat masa ini, ia akan hadir untuk mod Deja Loot sahaja, tetapi bergantung kepada penerimaan pemain, mereka bercadang untuk menyertakan secara menyeluruh di dalam Apex Legends.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini