Informasi Permainan Video Terkini
Pascal’s Wager Akan Tiba Di Android Pada Bulan Mei Ini – DLC Dan Kandungan Baharu Diumumkan

Pascal’s Wager Akan Tiba Di Android Pada Bulan Mei Ini – DLC Dan Kandungan Baharu Diumumkan

Diterbitkan pada Feb 28, 2020 oleh .

Awal tahun ini, Giant Games melancarkan permainan aksi pengembaraan Pascal’s Wager secara rasmi di peranti iOS yang mana ianya adalah permainan yang diperkenalkan ketika acara pelancaran telefon pintar iPhone 11 tahun lepas.

Terkini, Giant Games berkongsi beberapa kemaskini berkenaan permainan tersebut termasuklah pelancarannya di peranti Android.

Melalui imej di atas, Giant Games mengumumkan yang mana versi Android buat permainan ini akan tiba pada bulan Mei ini. Namun tarikh tetap masih belum diumumkan. Giant Games sebelum ini juga mengumumkan yang mana mereka berminat untuk melancarkannya di konsol dan PC, tetapi informasi lanjut buat platform tersebut tidak dikongsikan.

Selain itu, mereka juga umum minggu ini mereka akan melancarkan mod kasual yang lebih mudah dan sari kata bahasa Jepun dan beberapa kandungan dan kostum khas buat mereka yang membuat pembelian awal.

Selain itu, pada bulan Mac ini mereka juga akan melancarkan mod permainan baharu tambahan dan penambahan penceritaan, lokasi, watak, musuh baharu menjelang bulan Jun ini. Informasi lanjut akan diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN