Seperti sedia maklum, kostum Deadpool akan disertakan di dalam Fortnite untuk Musim ke-2. Untuk mendapatkan kostum tersebut, pemain perlu menyelesaikan pelbagai cabaran yang akan disediakan. 2 cabaran akan disertakan setiap minggu.

Pemain perlu membeli Battle Pass untuk musim ke-2 bagi membolehkan anda untuk melakukan cabaran-cabaran tersebut.

Pada minggu lepas mereka telah menyediakan cabaran minggu pertama iaitu mencari surat Deadpool kepada Epic Games dan tidak berterima kasih kepada pemandu bas.

Epic Games hari ini mengumumkan yang bermula minggu ini, cabaran tersebut akan hadir pada hari Jumaat berbanding hari Khamis sebelum ini. Berikut adalah cabaran untuk minggu ke-2

  • Mencari “Deadpool’s Milk Carton”
  • Mencari “Deadpool’s Chimichangas” di HQ

Cabaran masih belum tiba, akan tetapi anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui cara bagi menyelesaikan setiap cabaran tersebut.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan peranti pintar.

Sohor Kini