Skip to main content

Bersempena dengan ulang tahun ke-4 buat permainan Black Desert, Pearl Abyss dan Kakao Games kini menawarkan permainan tersebut secara percuma di Steam.

Permainan tersebut asalnya berharga RM15.50 dan bagi mereka yang menebusnya sebelum 3 Mac 2020 ini, pemain boleh mendapatkannya terus ke dalam perpustakaan pemain. Selain itu, Pearl Abyss juga menawarkan beberapa tawaran khas buat beberapa edisi lain permainan tersebut dengan harga bermula RM74.

Selain itu, Pearl Abyss juga menawakan akses pas awal secara percuma bersempena dengan ulang tahun ini dan pelbagai kandungan dan ganjaran khas yang akan berlangsung sepanjang bulan Mac ini.

Black Desert merupakan permainan MMO yang dibangunkan oleh Pearl Abyss dan diterbitkan oleh Kakao Games secara global beberapa tahun lepas. Permainan ini juga sebelum ini dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan juga versi permua. Pearl Abyss juga umum Crimson Desert iaitu permainan yang diletakkan di dalam dunia yang sama dengan Black Desert.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, ianya boleh di akses melalui laman rasmi Steam Black Desert di bawah.

[download] Muat-Turun Steam: Black Desert [/download]

Leave a Reply