Focus Home Interactive minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Insurgency: Sandstorm ke konsol PlayStation 4 dan Xbox One.
Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam yang mana ianya mendapat pujian ramai atas bentuk koperasi dan penembak yang sangat baik.
Insurgency: Sandstorm merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk berpasukan dan permainan secara taktikal dan multi-pemain koperasi. Melalui versi konsol ini, semestinya Focus Home Interactive berminat membawa permainan ini ke pasaran yang lebih meluas dengan pemain secara global.
Insurgency: Sandstorm versi konsol PlayStation 4 dan Xbox One akan dilancarkan pada 25 Ogos 2020 ini. Manakala versi PC telah pun tiba di Steam yang mana ketika artikel ini ditulis, ianya ditawarkan dengan harga serendah RM41.40 berbanding harga asalnya RM69.